Forum yang dilawati:- MYKMU NET Gerbang Tempur Maya Kumpulan Penyokong UMNO di alamat :
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=386024#386024
www.mykmu.net@www.beritakmu.net.
Tajuk forum:- “ALL INDONESIAN AIRLINES BANNED FROM EU”
Jenis forum :- POLITIK MALAYSIA
Pengguna forum :- PENCINTA-PENCINTA MALAYSIA YANG BERPARTIKAN UMNO
Konflik yang dibangkitkan :- MENGENAI PENGHARAMAN SISTEM PENERBANGAN INDONESIA DAN SEBAHAGIAN RUSSIA, UKRAINE DAN ANGOLA MEMASUKI RUANG UDARA EUROPEAN UNION ATAS SEBAB-SEBAB KESELAMATAN.
Petikan akhbar yang dipaparkan bersama:- BRUSSELS, Belgium – All Indonesian airlines and several from Russia, Ukraine and Angola will be banned from flying to the European Union due to safety concerns, the European Commission said Thursday.
The statement said that all 51 airlines certified in Indonesia would be blocked from flying to the European Union. Currently, no airline from that country has scheduled flights to any European destination. The national flag-carrier Garuda ceased serving Amsterdam and Rome in 2005.
Pandangan terhadap forum ini:- Peserta forum lama kelamaan tidak lagi mengulas atau memberi komen mengenai pengharaman sistem penerbangan Indonesia ke ruang udara European Union tetapi lebih menjurus kepada kebencian terhadap kedatangan ramai rakyat Indonesia ke Malaysia.
1. 5 kebaikan yang diperolehi setelah menyertai forum
i) dapat mengetahui cara-cara untuk memberikan komen di dalam bentuk forum kerana ini pertama kali saya menyertai forum sebegini.ii) dapat memberikan pandangan tersendiri (ekspresi diri) mengenai isu yang dibangkitkan.
iii) dapat memberikan keyakinan diri kepada diri kerana tidak perlu risau jika orang lain nak komen ulasan kita dengan pandangan mereka sendiri kerana tidak semua pandangan yang diberikan di dalam forum tersebut betul.
iv) dapat mempelajari maklumat baru kerana terdapat beberapa ulasan yang dibuat berdasarkan kepada petikan akbar yang saya sendiri tak sempat baca, fakta sejarah yang saya tak pernah belajar masa sekolah, berita baru atau lama yang tak sempat saya tengok di tv.
v) dapat memberikan fakta yang betul sekiranya terdapat kesilapan kepada maklumat yang diberikan tanpa rasa malu atau mengecilkan hati sesiapa.
2. 5 keburukan yang diperolehi setelah menyertai forum
i) boleh menyebabkan seseorang berpandangan yang negatif sekiranya maklumat yang diberikan di dalam forum tersebut mempunyai unsur-unsur yang jahat seperti menghasut atau menfitnah seseorang.
ii) boleh memberikan gambaran yang salah jika sesorang yang menyertai forum tersebut mengambil bulat-bulat maklumat yang disampaikan tanpa menilai samada fakta berkenaan benar atau salah,
iii) pandangan – pandangan provokasi boleh mengakibatkan seseorang mengambil langkah-langkah drastik (luar batasan) bukan sahaja di alam maya tetapi sehingga ke alam realiti seperti contoh menganjurkan demonstrasi atau perhimpunan haram.
iv) bagi forum yang saya sertai ini sedikit sebanyak boleh mengundang kontroversi di antara 2 buah negara – Malaysia dan Indonesia. Isu yang dibangkitkan berbaur kepada kebencian terhadap rakyat Indonesia yang datang ke negara Malaysia. Hampir kesemua ahli forum memberikan pandangan yang negatif terhadap pendatang-pendatang asing ini.
v) Isu forum yang terlalu panas juga ada kalanya boleh mengancam keselamatan apabila ada orang yang suka mengambil tindakan sendiri untuk menghukum individu-individu tertentu sehingga sanggup mencederakan.
Tahniah kerana Puan telah menjadi pelajar pertama telah menghantar ulasan mengenai forum tersebut.
Ulasan yang diberikan amat menarik dan mudah. Namun saya tetap akan melihat salinan hardcopy.
Saya berpuas hati dengan pemilihan konflik ini dan bersesuaian dengan kehendak tugasan.
Sekali lagi tahniah dan terima kasih.